Tuesday 26 April 2016

Inovasi Menjana Kemajuan Negara




Malaysia merupakan sebuah negara yang maju dan telah mencapai kejayaan luar biasa dalam pelbagai bidang. Kalau dijejaki atau ditelusuri, begitu banyak kejayaan membanggakan dicapai dan dilakukan rakyat Malaysia dalam rentang masa 59 tahun kemerdekaan negara. Kejayaan-kejayaan luar biasa yang dicapai selama ini telah mengharumkan nama Malaysia di persada antarabangsa. Hal ini menunjukkan bahawa rakyat Malaysia mampu menandingi kejayaan yang ditempa oleh orang Barat yang jauh lebih maju daripada kita. Persoalannya, apakah usaha kerajaan Malaysia dalam meningkatkan ekonomi negara serts menjadikan Malaysia sebagai negara berpendapatan tinggi?
Program Transformasi Kerajaan (GTP) adalah sebuah pelan tindakan tunggal yang telah dibahagikan kepada tiga fasa yang berbeza dengan setiap satunya mempunyai tumpuan masing-masing. Dalam fasa pertama GTP yang bermula pada tahun 2010 hasil pengenalan Bidang  Keberhasilan Utama Negara dan Kementerian (NKRA dan MKRA). Sebagai pembukaan kepada keseluruhan GTP, matlamat serta merta GTP adalah untuk menangkap penurunan dalam NKRA dan menyemai benih ke atas perubahan pemikiran yang akan menjadi asas kepada program transformasi yang seterusnya.
GTP 1.0 juga memainkan peranan penting dalam membantu Kerajaan mengukur keberkesanan terhadap pendekatan yang disasarkan, dan membantu kami untuk lebih memahami bagaimana cara terbaik untuk mencapai sasaran bagi keseluruhan GTP. Petunjuk Prestasi Utama Negara (NKPI) boleh diukur daripada GTP 1.0, sasaran setiap NKRA, telah diperkenalkan untuk membantu mengukur kejayaan setiap inisiatif itu dengan menyediakan piawaian sebenar dan boleh diukur untuk menilai kejayaan bagi setiap fasa. Program perintis GTP 1.0 adalah satu kejayaan cemerlang berdasarkan daripada hasilnya yang boleh dilihat disini. GTP 2.0 yang secara rasminya bermula pada 2013, menyasarkan untuk memperdalamkan dan meningkatkan inisiatif transformasi yang dimulakan pada fasa pertama. GTP 2.0 akan meluaskan dan meningkatkan inisiatif-inisiatif dalam GTP 1.0 yang terbukti berkesan dan memperkenalkan inisiatif-inisiatif baru yang akan meneruskan lagi arus perubahan. 
Fasa terakhir GTP, yang akan dijalankan dari 2015 hingga 2020, akan memanfaatkan perubahan yang dihasilkan oleh dua fasa sebelumnya untuk mewujudkan struktur pentadbiran inovatif yang menjadi pusat kepada rakyat. Struktur ini akan menyokong aktiviti ekonomi lain yang akan membawa Malaysia kepada status Negara maju.Perubahan secara beransur-ansur dalam tumpuan GTP adalah penting untuk proses tranformasi ini yang membenarkan setiap pihak berkepentingan untuk membina asas yang baik bagi setiap langkah perjalanannya. Langkah-langkah ini juga dinilai serentak untuk memastikan keberkesanan atau menukar strategi bagi menghadapi cabaran baru.
Bahagian kesimpulan Model Ekonomi telah mengetengahkan sejumlah 51 dasar polisi untuk membolehkan Malaysia untuk kekal berdaya saing dalam pasaran global. Pada tahun 2011, PEMANDU telah ditugaskan untuk membina program yang terperinci bagi melaksanakan langkah-langkah tersebut, yang dikelompokkan kepada enam Inisiatif Pembaharuan Strategik (Strategic Reform Initiatives atau SRI). Keenam-enam SRI telah dikelompokkan berdasarkan 37 dasar polisi dan sekarang merupakan komponen kedua yang kritikal bagi Program Transformasi Ekonomi (Economic Transformation Programme atau ETP). Ini melengkapkan fokus yang telah diberikan oleh 12 Bidang Ekonomi Utama Negara yang dijangka akan dapat meningkatkan daya saing negara dan membolehkan pertumbuhan yang berkekalan.




Pertama, meningkatkan Pendapatan dan mengurangkan kos bagi mencipta ruang kewangan sebanyak RM13 bagi negara, 20 daya usaha serta-merta dan serta jangka panjang telah dicadangkan oleh Makmal Kewangan Awam bagi meningkatkan pendapatan, mengurangkan kos dan memperkasakan ekonomi negara. Ini akan membolehkan Kerajaan menangani sebarang kekurangan, melangsaikan hutangnya dan melabur bagi masa hadapan.
Cadangan-cadangan ini dikelompokkan ke dalam enam bidang utama, iaitu pelaksanaan cukai, memperhalusi galakan percukaian syarikat, pemerolehan yang telus, pengawalan perbelanjaan serat perakaunan berganda, termasuklah dan perkhidmatan (Goods and Services tax atau GST).Tindakan juga kaan diambil bagi mengawal perbelanjaan Kerajaan di dalam empat bidang, yakni perserasian subsidi, perolehan, perbelanjaan perjalanan dan bayaran kepada bahan-bahan berkanun.
Dalam membangunkan modal insan bagi ekonomi berpendapatan tinggi. Malaysia juga nekad untuk membangunkan modal insan, bermula dengan usaha mengemaskini undang-undang buruhnya. Sejumlah empat Aktaakan dikaji dan dipinda secara meluas bagi diserasikan dengan keperluan semasa pelbagai pihak yang terlibat.
Memandangkan Malaysia juga sedang bergerak menuju sistem penggajian yang berteraskan produktiviti, di mana pekerja dibayar pampasan mengikut jumlah kerja yang dilakukan, maka kementerian Sumber Manusia juga akan mengumumkan gaji minimum menjelang akhir tahun ini.Peningkatan kemahiran tenaga pekerja adalah penting bagi membangun modal insan bagi ekonomi berpendapatan tinggi. Sehubungan ini, Talent Corporation akan membantu membangunkan program yang terperinci bagi bidang-bidang yang khusus sejajar dengan NKEA dan Makmal Bandar dan Koridor akan datang.
Ini termasuk beberapa langkah bagi menjamin keselamatan tenaga pekerja untuk menggalakkan mereka lebih banyak bergerak dan berkecimpung dalam hal-hal perniagaan, seperti insurans pengangguran, dibantu oleh program latihan dan peningkatan kemahiran bagi pekerja dan perkhidmatan pengambilan pekerja yang ditingkatkan.
Institut Maklumat dan Analisa Pasaran Buruh (institute of Labour Market Information and analysis, atau (ILMIA) akan ditubuhkan untuk membekalkan analisa yang mendalam mengenai pasaran buruh bagi membantu sektor awam meneruskan dasar serta segala keputusan yang perlu. Ia juga akan dapat membantu sektor swasta dengan membekalkan jangkaan dan analisa terperinci mengenai permintaan dan pembekalan buruh oleh industri dan sektor kecil juga menambah bahawa Kerajaan akan mula mengamalkan dasar yang direka khas untuk menggunakan bakat kaum wanita dengan sepenuhnya bagi meningkatkan produktiviti tenaga pekerja dengan sebaik mungkin, selain daya usaha bagi meningkatkan penglibatan kaum Hawa di dalam tenaga buruh Malaysia.
Bagi membantu PKS pula, serangkaian program akan dibangunkan bagi menambah Dana Pembangunan Sumber Manusia. Ia seterusnya akan membolehkan PKS tempatan mempelajari seterusnya mengamalkan amalan-amalan perniagaan yang terkini dalam pengurusan sumber Manusia, sekali gus meningkatkan keupayaan mereka membina tenaga pekerja yang mahir dan tinggi produktivitinya. Dalam  meningkatkan Daya Saing Malaysia.Malaysia telah menunjukkan Iltizamnya bagi meningkatkan daya saing negara melalui SRI Standard Antarabangsa dan Liberalisasi (SAL) yang melibatkan tiga unsur iaitu pembebasan sektor perkhidmatan, piawaian serta undang-undang persaingan.Pembebasan sektor perkhidmatan di peringkat tertinggi adalah berdasarkan sumbangan mereka kepada Pendapatan Negara Kasar (PNK)bukan sahaja buat masa kini tetapi juga di masa hadapan.Ini amat penting dalam usaha mencapai sasaran ETP untuk meningkatkan sumbangan sektor perkhidmatan kepada pendapatan negara kepada 65% menjelang 2020.
Ini akan melengkapkan lagi peningkatan mutu barangan keluaran Malaysia di mana tumpuannya adalah terhad terhadap perkhidmatan dan keluaran di mana Malaysia mempunyai kelebihan daya saing dan berkeupayaan menjadi pengeluar terbesar dunia. Tanggal Januari 2012,Akta persaingan akan mula berkuat kuasa sekali gus menggalakkan peningkatan persaingan, pelaburan asing serta merancakkan lagi pasaran semasa. Ia juga direka bagi melindungi para peniaga dari sebarang amalan tidak sihat dan salah guna kuasa.
Program Transformasi Ekonomi (ETP) dan Program Transformasi Kerajaan (GTP) berjaya meningkatkan kualiti hidup rakyat dengan ekonomi negara yang semakin berkembang, kata Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.Peruntukan RMK10 bagi infrastruktur bukan fizikal meningkat kepada 40 peratus, berbanding 21.8 peratus dalam RMK9, tumpuan diberikan kepada program pembangunan kemahiran, aktiviti R&D dan modal teroka.
Sebuah institusi perkhidmatan awam bertaraf dunia akan diwujudkan untuk meningkatkan kompetensi penjawat awam.umpuan kepada 12 bidang ekonomi utama negara (NKEA) akan diumumkan seperti minyak dan gas, minyak sawit dan produk berkaitan, perkhidmatan kewangan, pemborongan dan peruncitan, pelancongan, teknologi maklumat dan komunikasi (ICT), perkhidmatan pendidikan , elektrik dan elektronik, perkhidmatan perniagaan, penjagaan kesihatan swasta dan pertanian.
            Dalam pada masa yang sama, satu unit khas, iaitu Unit Transformasi Ekonomi, akan ditubuhkan untuk merancang, menyelaras pelaksanaan dan pembangunan NKEA.Suruhanjaya Persaingan dan Tribunal Rayuan akan ditubuhkan untuk memastikan pelaksanaan undang-undang lebih teratur dan berkesan.Kerajaan terus berusaha untuk meletakkan Malaysia di lima tangga terbaik negara paling kompetitif di dunia.Melalui Dana Mudahcara, kerajaan anggar menarik pelaburan swasta sekurang-kurangnya RM200 bilion; Antara projek yang dipertimbangkan ialah penambakan tanah di Westport, Pelabuhan Klang, Pembangunan Malaysia Truly Asia Centre di Kuala Lumpur dan Taman Teknologi Tinggi Senai di Iskandar Malaysia, Johor.Sebuah unit khas ditubuhkan di bawah Jabatan Perdana Menteri bagi memandu dan mengarah keberkesanan sistem inovasi negara serta program pembangunan inovasi sedia ada.Pembiayaan kerajaan kepada syarikat modal teroka awam akan berbentuk ekuiti dan bukan pinjaman.Dana Perkembangan Perniagaan dengan peruntukan permulaan sebanyak RM150 juta akan ditubuhkan bagi merapatkan jurang pembiayaan antara pengkomersilan peringkat awal dan pembiayaan modal teroka bagi produk berteknologi tinggi.Undang-undang kebankrapan akan dipermudah untuk menyokong budaya mengambil risiko terhitung, menghapuskan stigma kegagalan dan membenarkan usahawan berkaliber lagi wibawa yang gagal untuk kembali aktif.            
Projek Jalur Lebar Berkelajuan Tinggi akan meliputi bandar-bandar besar, kawasan pertumbuhan ekonomi utama dan kawasan industri, liputan jalur lebar ke kawasan pinggiran bandar dan luar bandar dan prasarana tanpa wayar dengan pakej mampu langgan bagi penduduk di luar bandar.Lebuhraya Pantai Timur dari Kuantan ke Kuala Terengganu akan disiapkan dalam tempoh RMK10 kos RM3.7 bilion dan akan dihubungkan ke Pelabuhan Kuantan yang akan dinaik taraf.Projek membina landasan elektrik berkembar dari Gemas ke Johor Baharu, dengan kos anggaran RM8 bilion akan dilaksanakan sebagai pelengkap kepada sistem landasan elektrik berkembar dari Padang Besar di utara ke Johor Baharu di selatan.Loji rawatan kumbahan yang menggunakan teknologi hijau di Lembah Pantai, Kuala Lumpur, akan diperluaskan ke seluruh negara.
Bekalan tenaga akan terus diperkukuh ke arah mewujudkan pasaran yang lebih kompetitif dan mengurangkan tanggungan subsidi tenaga secara berperingkat.Beberapa bandar raya akan dijadikan destinasi tarikan baru kepada pelabur dalam industri berteknologi tinggi serta tenaga kerja berbakat dan berpengetahuan.Sasaran untuk mencapai sekurang-kurangnya 30 peratus pemilikan ekuiti korporat Bumiputera dan ekonomi di peringkat makro kekal.

Sebagai konklusinya, sudah terang lagi bersuluh bahawa negara kita telah meraih kejayaan dalam pelbagai bidang yang menakjubkan. Pencapaian yang menakjubkan dalam bidang perusahaan automobil, pembinaan bangunan pencakar langit, bidang aeroangkasa, bidang pengangkutan dan perhubungan, dan bidang sukan membolehkan rakyat negara kita bertanding dengan kejayaan yang ditempa oleh orang Barat. Oleh itu, rakyat Malaysia harus bersikap sedia menghadapi segala cabaran untuk mencapai Wawasan 2020. Dengan itu, rakyat Malaysia perlu berusaha gigih, bangga dan memberikan sokongan sepenuhnya kepada pelbagai pihak untuk memajukan negara dalam pelbagai bidang dan berharap agar kejayaan luar biasa ini juga dapat membangkitkan semangat rakyat Malaysia agar lebih berani untuk berdiri sama tinggi, duduk sama rendah dengan bangsa-bangsa maju lain di  dunia.


No comments:

Post a Comment